Artheritis

Artheritis

Apakah punca Arthritis?
Faktor usia adalah punca utama kerosakan tulang rawan. Apabila sampai satu tahap tulang rawan ini akan menjadi semakin nipis yg menyebabkan geselan berlaku antara tulang. Inilah yang menyebabkan kesakitan yang teramat sangat sehingga membataskan aktiviti harian kita.
Kebiasaannya Arthritis mula menyerang dari umur sekitar 45 tahun. Penduduk negara maju seperti England sendiri pun kira-kira 8 daripada 10 orang yang berusia lebih 50 tahun mengalami Arthritis. 

ACL
ACL adalah salah satu ligamen terpenting pada lutut. Ia berfungsi untuk mengawal sejauh mana tulang tibia bergerak ke hadapan, relatif kepada tulang femur.
 


Jadi, ACL adalah penting bagi mengelak pergerakan yang terlalu ke hadapan yang boleh menyebabkan kecederaan pada struktur lain dalam lutut. 
Lazimnya, kecederaan ACL berpunca dari pergerakan memusingkan badan secara tiba-tiba dan perlanggaran fizikal. 

SENDI
Sendi ialah sambungan antara dua batang tulang. Misalnya lutut adalah sambungan aantara tulang betis dan tulang peha. Tulang-tulang ini dipegang oleh ligamen. Untuk melancarkan pergerakan ini Allah swt sediakan pelincir bagi mengurangkan geselan. Sakit sendi terjadi apabila pelincir ini kering akibat peningkatan umur seseorang.
Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.

TERSELIUH
Kaki terseliuh berlaku apabila seseorang tersilap langkah. Untuk mengawal diri dari jatuh, secara spontan dan tidak disengaja kita cuba mengimbanginya dengan cara yang melibatkan sendi lutut. Akibatnya berlakulah kecederaan-dalam yang menyakitkan.

Sakit Lutut Jika Dibiarkan Tanpa Rawatan Boleh Mengakibatkan Masalah Yang Lebih Besar Seperti Hilang Upaya Berdiri, Kesakitan Pada Sendi Dan Merosakkan Tulang Rawan.


Sedarkah kita bahawa tanpa perawatan awal, 

sakit lutut boleh menjadi lebih teruk.
Dalam situasi sekarang dengan cara pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat, Sakit lutut boleh menyerang semua peringkat umur dari muda hingga warga tua.

 Gel amani sudah terbukti dapat membantu mereka yang mempunyai masalah seperti di atas ini.
 Awas:
Kini sudah ada yang memperkenalkan gel amani yang bukan asli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan